• #DUNSarawak: Belum Ada Rancangan Bina 2 Jalan Di DUN Katibas

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan masih belum bercadang untuk membina dua jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

    Dua jalan tersebut adalah dari Nanga Banjor (jalan luar bandar) ke Nanga Engkuah dan terus ke Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau Nanga Beloh dan dari Nanga Musah ke Ulu Musah (Sungai Mataalau)

    Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata, kerajaan buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk membina dua jalan raya tersebut.

    "Untuk penyelenggaraan jalan kampung dan pemulihan jalan balak untuk rizab jalan akan dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dibawah dana Marris," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ambrose Blikau Enturan (BN-Katibas) mengenai cadangan kerajaan membina jalan raya dari Nanga Banjor ke Nanga Engkuah dan terus ke Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau Nanga Beloh dan dari Nanga Musah ke Ulu Musah.

    Ambrose turut bertanya mengenai rancangan kerajaan untuk menyelenggara jalan kecil seperti projek jalan kampung dan pemulihan jalan balak.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Belum Ada Rancangan Bina 2 Jalan Di DUN Katibas "