• #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Sektor Pertanian merupakan tunjang pembangunan sosio ekonomi rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

    Safiee Ahmad (BN – Daro) menyokong jika sektor pertanian diberikan perhatian yang serius khususnya oleh Jabatan Pertanian.

    “Jabatan Pertanian perlu memberi keutamaan kepada projek pertanian yang lebih berdaya saing, bukan sahaja yang mampu meningkatkan pendapatan para petani tetapi dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil-hasil petani yang berasaskan makanan (Food Basket) di negeri ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Menurutnya, kebanyakan projek pertanian yang telah dicadangkan oleh Jabatan Pertanian di kawasan tersebut lebih kepada penanaman rumbia yang kurang memberi impak kepada pembangunan sosio ekonomi kepada rakyat.

    “Ini kerana kerana ianya memakan masa yang lama serta berdasarkan pengalaman yang lepas telah menunjukkan projek ini kurang berjaya untuk dilaksanakan,” jelasnya.

    Tambahnya lagi, pelaksanaan projek tersebut lebih kepada mengambil kira senang untuk dilaksanakan berbanding impaknya kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk.

    “Oleh itu, saya menyeru kepada Jabatan Pertanian termasuk agensi yang berkaitan dengan pertanian supaya lebih bersikap proaktif, kreatif serta bersungguh –sungguh dalam melaksanakan projek pertanian.

    “Dengan cara ini sahajalah kita dapat membantu memajukan rakyat di luar bandar yang bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian supaya ianya dapat dikomersialkan buka sekadar hanya cukup makan,” katanya. – Sarawakiana

  • No Comment to " #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing "