• #DUNSarawak: 941,801 Hektar Diwarta Kawasan Terlindung Sepenuhnya

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    Kuching : Kerajaan telah mewartakan kawasan seluas 941,801 hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya ( TPAs) yang terdiri daripada 37 buah taman negara, 14 buah rizab semulajadi, dan 5 buah sanktuari hidupan liar.

    Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan menyasarkan untuk mewartakan seluas 1 juta hektar kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPAs) menjelang tahun 2020.

    “Kerajaan telah menjalinkan kerjasama pemeliharaan rentas sempadan dengan Brunei dan Indonesia melalui inisiatif Heart of Borneo (HoB) yang bertujuan untuk memelihara dan membangunkan kawasan berkenaan berdasarkan prinsip pembangunan lestari selari dengan agenda pembangunan negara masing-masing,” katanya

    Menurutnya, kawasan HoB di negeri ini meliputi kawasan seluas 2.1 juta hektar yang mengunjur dari Batamg Ai hingga ke Lawas.

    “Kerajaan negeri juga bercadang untuk memperluaskan kawasan Hob bagi melengkapkan koridor konservasi kawasan terlindung sepenuhnya yang akan menghubungkan kawasan dari Batang Ai sehingga ke Taman Negara Tanjung Datu,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 di sini, hari ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: 941,801 Hektar Diwarta Kawasan Terlindung Sepenuhnya "