• #DUNSarawak: 33,513 KM Jalan Berdaftar Di Sarawak

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berjaya membangunkan 33,513km rangkaian jalan berdaftar di bawah Sistem Informasi Rekod Jalan Malaysia (MARRIS).

    Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Tan Sri James Masing berkata, terdapat 18,805km jalan berturap, 6,036km jalan tidak berturap dan 8,672km jalan tanah.

    "Namun terdapat kampung luar bandar terutama di wilayah utara dab tengah masih tidak dihubungkan dengan jalan dengan standard JKR disebabkan cabaran geografi.

    "Pembinaan rangkaian tetap dijalankan selari dengan Program Transformasi Luar Bandar," katanya menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Mengenai rangkaian jalan pesisir, Masing berkata, Projek Jalan Pesisir Sarawak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Kelima melibatkan kira-kira 900km dari Sematan ke Miri.

    "Kini kebanyakan pembinaan jalan ini sudah siap," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: 33,513 KM Jalan Berdaftar Di Sarawak "