• #DUNSarawak: 2,739 KIR Setinggan Di Miri

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Anuuar Rapa'ee berkata bagi kawasan Piasau, setakat 31 Mac 2017, terdapat sebanyak 2,739 Ketua Isi Rumah (KIR) setinggan di 45 koloni setinggan di Bahagian Miri.

    Menurutnya, program penempatan semula bagi setinggan ini adalah melalui Program Perumahan mampu milik yang dibuat oleh pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan juga lot perumahan yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei.

    "Untuk bahagian Miri, sejumlh 1,896 unit rumah telah diluluskan dibawah program PR1MA dan 1,075 unit telah diluluskan dibawah program PPA1M bagi bahagian Miri," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dato Sebastian Ting Chiew Yew (BN-Piasau) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Tambahnya lagi, Perbadanan Perumahan (HDC) juga mempunyai perancangan untuk membina 278 unit rumah mampu milik SPEKTRA Lite dan 239 unit rumah mampu milik di lot 3710 blok6, Kuala Baram Land District, Miri. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: 2,739 KIR Setinggan Di Miri "