• Dua polis cedera kereta peronda bertembung kenderaan dinaiki penjenayah

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    SANDAKAN - Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta curi dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas dikejar di Jalan Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.

    Akibat pelanggaran itu, Sarjan Fadil Abu Bakat, 53, cedera di belakang kepala manakala Lans Kpl Ismail Samsudin, 29, mengalami gegaran di kepala.

    Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mereka membantu mengejar kereta berkenaan yang dikesan oleh sebuah kereta peronda lain di kawasan Bandar Ramai-Ramai.

    Katanya, menyedari kehadiran polis, suspek bertindak memecut kenderaan dan cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan kereta peronda yang datang membantu menjejaki kereta suspek.

    "Keadaan dua anggota itu dilaporkan stabil dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Duchess of Kent Sandakan," katanya pada sidang media di sini hari ini. - Bernama


    Subjects:

  • No Comment to " Dua polis cedera kereta peronda bertembung kenderaan dinaiki penjenayah "