• DAP Mahu Umum Calon Selepas SPR Putuskan PRK Pujut

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+
    KUCHING, 17 Mei (Bernama) -- DAP Sarawak akan mengumumkan calonnya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

    Beliau berkata DAP sudah mengenal pasti calonnya.

    Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdulla dilapor sebagai berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi tersebut dan akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan perkara itu.

    Kerusi berkenaan kosong berikutan pemecatan Anggota Dewan Undangan Negeri Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan berhubung isu kerakyatan. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Mahu Umum Calon Selepas SPR Putuskan PRK Pujut "