• Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+
    LONDON: Seorang chef menghasilkan cili diakui yang paling pedas di dunia dan kepedasannya dikatakan boleh membawa maut.

    Cili digelar ‘Dragon’s Breath’ (Nafas Naga) dihasilkan untuk digunakan dalam rawatan perubatan sebagai anestetik kerana minyak dihasilkannya mampu mengebaskan kulit.

    Mike Smith, 53, dari Wales Utara menanam cili dan sayur sejak tujuh tahun lalu, lapor Daily Post.

    Kepedasan cili itu mampu menyebabkan kejutan ala anafilaksis dengan melecurkan saluran udara pemakannya seterusnya menyebabkannya tertutup.

    Malah ia lebih pedas daripada semburan lada digunakan tentera Amerika Syarikat.

    “Saya tidak pernah memakannya. Pernah sekali saya cuma meletakkan sedikit pada hujung lidah selama 10 saat dan lidah saya terasa seperti melecur. “Kepedasannya tidak hilang, malah menjadi bertambah pedas,” kata Smith.

    Menurutnya, dia menghasilkan cili itu dengan kerjasama Universiti Not- tingham Trent untuk tujuan perubatan.

    “Bagi mereka yang alah kepada anestetik, cili ini boleh digunakan kerana ia begitu pedas sehingga menyebabkan anggota badan kebas jika minyaknya disapu pada kulit,” katanya.

    Selain itu, katanya, minyak cili berkenaan boleh digunakan di negara membangun yang sukar memperoleh bahan anestetik kerana kosnya yang tinggi.

    Kerana kepedasannya, cili ‘Nafas Naga’ ini perlu disimpan dalam bekas kedap udara khas. Ia akan dipamerkan pada Pameran Bunga Chelsea antara 23 hingga 27 Mei ini. - Agensi/Hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh "