• Cikgu Khuzaimah Sulaiman Diumum Tokoh Guru Kebangsaan

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Bekas Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu di Seremban, Negeri Sembilan, Khuzaimah Sulaiman, diumumkan Tokoh Guru Kebangsaan pada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46, di Kompleks Sukan Educity, dekat sini hari ini.

    Pada majlis itu bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sufa'at Tumin, diumumkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan.

    Selain itu, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur, Zainuddin Zakaria, diumumkan sebagai Ikon Guru Inovatif Kebangsaan.

    Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Program sambutan dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa itu dihadiri kira-kira 3,000 guru dari seluruh Malaysia yang turut menyatakan Ikrar Hari Guru dengan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Cikgu Khuzaimah Sulaiman Diumum Tokoh Guru Kebangsaan "