• Bayi Berat 470 Gram Jalani Pembedahan Jantung

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    KEDENGARAN mustahil tetapi seorang bayi lelaki yang hanya seberat 0.45 kilogram selamat menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital kerajaan di Udaipur, Rajasthan.

    Ini menjadikan bayi pramatang yang lahir pada usia kandungan 28 minggu itu sebagai bayi paling kecil menjalani pembedahan jantung.

    Dailymail melaporkan mata, paru-paru dan kulit bayi sebesar tapak tangan itu juga belum terbentuk ketika dia dilahirkan menyebabkannya dia tidak boleh disentuh langsung.

    Bayi itu juga sukar bernafas disebabkan masalah pada duktus arteriosus apabila dua pembuluh darah utama jantungnya bersambung.

    Ketika baru berusia dua bulan, doktor melakukan pembedahan selepas dia gagal menunjukkan tindak balas positif terhadap ubat diberikan tetapi pada masa sa ma terlalu lemah untuk dipindahkan ke pusat doktor pakar.

    “Bayi itu cuma seberat 470 gram ketika dilahirkan dan sebesar tapak tangan.

    “Pembedahan pada kanak-kanak, terutama yang sekecil ini memang mencabar dan berisiko kerana anggota badannya terlalu pramatang,” katanya Dr. Sunil Jangid yang melakukan pembedahan itu.

    Rakannya, Dr. Sanjay Gandhi berkata, bayi itu berdepan pelbagai risiko termasuk masalah pernafasan, pendarahan otak atau paru-paru dan masalah pembesaran.

    Walaupun risikonya tinggi, doktor mengambil keputusan membedah bayi itu di unit rawatan rapi berikutan bayi berkenaan tidak boleh dipindahkan langsung kerana bimbang nyawanya terancam.

    Doktor yang terpaksa menggunakan peralatan pembedahan kecil khas berjaya menyelamatkannya.

    Sementara itu, ayah bayi berkenaan, SP Jain menganggap perkembangan positif anaknya sebagai menakjubkan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Berat 470 Gram Jalani Pembedahan Jantung "