• ATM, Perbankan ‘Online’ Selamat Serangan Luar

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) kemungkinan disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar.

    Demikian ditegaskan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan hari ini sambil berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.

    “Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya.

    ABM berkata, industri perbankan komersil memandang serius hal-hal keselamatan siber dan sentiasa berwaspada dalam menguruskan risiko berkaitan perkara itu.

    Usaha dibuat secara berterusan bagi memastikan langkah kawalan yang sesuai serta amalan terbaik melibatkan mekanisme pemeriksaan dan penyeimbangan rapi dengan pemantauan transaksi yang tepat pada masanya, tambah ABM. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " ATM, Perbankan ‘Online’ Selamat Serangan Luar "