• APMM Sarawak Tahan 30 Nelayan Vietnam

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Helah mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Wilayah Sarawak berjaya menahan seramai 30 nelayan Vietnam yang bergerak aktif mencuri ikan di Perairan Tanjung Sirik, Bintulu Ahad lalu.

    Pengarah APMM Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismail Bujang Pit berkata, kesemua nelayan asing berusia 17 hingga 50 tahun itu ditahan pada jam 5.30 petang 14 Mei.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut keatas mereka mendapati bot yang digunakan nelayan terbabit menggunakan nombor pendaftaran bot palsu beserta jalur gemilang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

    "Bot berkenaan ditahan bersama 9,000 kilogram hasil tangkapan di kedudukan 85 batu nautika Tanjung Sirik bernilai dalam anggaran RM25juta dibawa ke Jeti APMM untuk tindakan lanjut.”katanya pada sidang media di Jeti Kompleks APMM Muara Tebas dekat sini hari ini.

    Jelasnya, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.-Sarawakiana
  • No Comment to " APMM Sarawak Tahan 30 Nelayan Vietnam "