• Anggota Tentera Nyaris Maut Kereta Terbalik

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    SIBU: Seorang anggota tentera nyaris maut apabila kereta yang dinaikinya hilang kawalan sebelum terbalik di Jalan Deshon dekat sini semalam.

    Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa terpaksa menahan kesakitan selama hampir sepuluh minit disebabkan tersepit di tempat duduk pemandu sebelum diselamatkan orang awam.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat(BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi sejurus laporan diterima.

    “Sebaik tiba di lokasi mangsa telah berjaya dikeluarkan dari kereta dalam keadaan sedar.” katanya.

    Jelasnya, mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar seorang diri sebelum kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

    Sehingga berita ini ditulis, mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Anggota Tentera Nyaris Maut Kereta Terbalik "