• Adam Norrodin Terpantas Di GP Perancis

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+
    LeMan: Sesi latihan bebas 1 yang baru tamat sebentar tadi menyaksikan pelumba Malaysia Adam Norroddin mencatat masa terpantas.

    Adam berjaya mendahului +0.040 saat di hadapan pelumba Red Bull KTM Ajo, Nicolo Antonell dan hanya +0.044 saat di hadapan seorang lagi pelumba dari Itali, Andrea Migno dari Sky Racing Team VR46.

    Dia yang mewakili pasukan SIC Racing team melakukan masa terpantas dalam keadaan litar yang sejuk dan basah pada permulaannya namun beransur-ansur kering di hujung sesi latihan tersebut yang berlangsung selama 45 minit. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Adam Norrodin Terpantas Di GP Perancis "