• 50% Permohonan Tukar Guru Berjaya Diselesaikan

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sudah berjaya menyelesaikan kira-kira 50 peratus permohonan pertukaran guru di seluruh negara, sebahagian besarnya membabitkan mereka yang berjauhan dengan keluarga.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata kementerian akan cuba segera menyelesaikan masalah itu dan keutamaan pertukaran diberi kepada guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing atau dikenali sebagai guru 'duka lara'.

    Tambah beliau, sekiranya ada peluang, pihaknya akan laksanakan permohonan pertukaran bagi kategori guru lain.

    "Pada sesi tahun ini, pertukaran fasa pertama sudah diadakan Januari lalu dan fasa kedua bermula Jun ini sehingga semua selesai dan ia akan diadakan secara berperingkat," katanya pada sidang media selepas melancarkan program E-Learning Bahasa Tamil, di sini hari ini. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 50% Permohonan Tukar Guru Berjaya Diselesaikan "