• 26 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

    Published: Saturday, 20 May 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Jumaat ini bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah.

    Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

    “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

    Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 26 Mei di 29 lokasi merangkumi:

    1. Pontian Kecil, Johor.
    2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
    3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
    4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
    5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
    6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor.
    7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak.
    8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
    9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
    10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
    11. Menara Alor Setar, Kedah.
    12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu.
    13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu.
    14 Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
    15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
    16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
    17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
    18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
    19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak.
    20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
    21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak.
    22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
    23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
    24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
    25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
    26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
    27. Menara Kuala Lumpur.
    28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
    29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

    – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 26 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan "