• YouTube Umum Video Zirafah Bunting Di Zoo Catat Rekod Lebih 200 Juta Tontonan

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+


    SALURAN YouTube zoo Animal Adventure Park, yang memaparkan kehidupan seekor zirafah betina di situ kini berada di tempat kedua dalam senarai saluran penstriman secara langsung dengan jumlah tontonan paling ramai di YouTube.

    Zirafah bernama April itu menjadi bintang internet selepas zoo Animal Adventure Park, New York memulakan penstriman secara langsung berkenaan Februari lalu.

    Jumlah tontonan yang tinggi itu dibantu oleh fakta bahawa April ketika itu sedang bunting, dan ramai penonton tidak sabar menantikan detik April melahirkan anaknya.

    April melahirkan anaknya Sabtu lalu dan seperti dijangka, jumlah tontonan naik mendadak.

    YouTube dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, saluran itu mencatatkan 232 juta tontonan, dengan masa tontonan mencecah 7.6 bilion minit.

    Jumlah penonton yang menonton April melahirkan anak secara langsung pula adalah 14 juta.

    Saluran itu juga kini berada di tempat kelima dalam senarai saluran yang paling pantas mencecah angka tontonan melebihi 200 juta, di belakang beberapa selebriti seperti Lady Gaga dan Zayn Malik. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " YouTube Umum Video Zirafah Bunting Di Zoo Catat Rekod Lebih 200 Juta Tontonan "