• Warga Korea Utara Serah Diri

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen mengesahkan 113 daripada 117 warga Korea Utara dalam senarai Jabatan Imigresen Sarawak sudah menyerah diri setakat hari ini.

    Pada masa sama, majikan empat lagi warga Korea Utara yang belum menyerah diri memberi jaminan untuk menyerahkan mereka hari ini. 

    Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya memberi tempoh seminggu sejak 11 April lalu untuk semua warga Korea Utara yang tamat tempoh pas sah dan masih berada di Sarawak menyerah diri ke Jabatan Imigresen. 

    "Selain 117 warga Korea Utara ini, baki 183 orang yang tinggal lebih masa menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS), turut menyerah diri. 

    "Ketika itu, kemasukan warga Korea Utara terbabit ke Malaysia tidak memerlukan visa masuk dan syarikat juga tidak pernah hadir ke Pejabat Jabatan Imigresen Sarawak untuk mengemukakan permohonan pas kerja. 

    "Majikan turut mengesahkan tiada lagi warga Korea Utara tinggal lebih masa menggunakan PLS," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

    Mustafar berkata, setakat hari ini, jumlah warga Korea Utara yang sudah menyerah diri adalah 296 orang dan sudah dan akan keluar dari Malaysia secara berperingkat dengan kerjasama majikan. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Korea Utara Serah Diri "