• Video Melania Siku Donald Trump Jadi Viral

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan isterinya, Melania Trump baru-baru ini menerima kunjungan seramai 21,000 tetamu di kediaman rasmi mereka di White House, Washingston sempena perayaan Hari Easter.

    Seperti biasa dalam mana-mana majlis rasmi, lagu kebangsaan AS The Star Spangled Banner pasti akan dipasang bagi menghormati majlis.

    Namun apa yang menarik perhatian ialah gelagat Melania yang menyiku tangan suaminya yang tidak mengangkat tangan ke dada bagi menghormati lagu tersebut.

    Sebaik menyedari perlakuan isterinya, Donald terus meletakkan tangan ke dada seperti mana yang dilakukan Melania.

    Aksi spontan Melania menyiku Donald terus mendapat perhatian sehingga video memaparkan aksi itu menjadi viral di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC


    Subjects:

  • No Comment to " Video Melania Siku Donald Trump Jadi Viral "