• Tular Gambar Zairil Khir Dan Dyana Sofya, Rakyat Boleh Nilai Sendiri

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    Penulis tidak pasti pihak manakah yang memulakan pengedaran foto-foto intim mirip Dyana Sofya DAP dan Zairil Khir Johari DAP tetapi foto di bawah adalah foto asli wajah mereka berdua.

    Foto ini diambil semasa berkempen di Medan Selera, Teluk Intan, Perak pada tahun 2014. Cuba bandingkan gambar asli ini dengan gambar-gambar intim melampau yang viral dalam media sosial. Amat jauh beza perwatakan yang ditonjolkan. Mereka teramatlah sopan dalam gambar di atas.

    Apa mungkin anak dara di dalam gambar di atas yang sopan berpakaian baju kurung sanggup digomol oleh seorang lelaki yang mirip Zairil Khir Johari (berpakain baju Melayu), seorang 'Yang Berhormat' ?

    Lebih-lebih lagi, Zairil Khir Johari DAP sudah beristeri dan ada anak. Takkanlah ahli politik DAP ini sanggup membohongi isterinya dan berpeleseran, 'menikmati hidangan di luar' serta berkhalwat dengan wanita lain.

    Malah, Dyana Sofia adalah seorang muslimah yang bersekongkol dengan parti DAP, satu parti cauvinis yang bermasaalah besar untuk mendapat sokongan kaum Melayu dan orang Islam. Apa mungkin Dyana dan Zairil sanggup menjatuhkan lagi maruah parti DAP?

    Ironinya, untuk isu yang terbaru, benarkah Dyana Sofia DAP tidak menafikan beliau adalah wanita yang bermesraan dengan lelaki yang mirip Zairil Khir Johari, ahli parlimen DAP Bukit Bendera di satu lokasi yang tidak diketahui?

    Sebaliknya, beliau berdolak dalih mengatakan bahawa tidak kira sesiapa di dalam gambar-gambar atau video yang mana beliau dituduh terlibat adalah pencerobohan privasi dalam kehidupan seseorang. Jawapan Dyana DAP ini tidak menyakinkan langsung, malah menimbulkan pelbagai lagi persoalan seperti yang dibangkitkan oleh netizen media sosial.

    Realitinya, sebagai seorang Melayu yang berstatus anak dara, beliau juga adalah ahli politik yang amat perlu menjaga kesopanan dan tata teribnya. Yang paling penting sekali ialah menjaga maruah sebagai seorang muslimah.

    Malah, sesiapa sahaja yang berstatus 'Yang Berhormat' amat perlu menjaga tata tertibnya di mata masyarakat kerana mereka adalah wakil rakyat yang dilantik dan akan sentiasa dinilai oleh rakyat.

    Dan apabila seseorang itu bergiat aktif di dalam politik, segala aktiviti dan pergerakan mereka akan sentiasa menjadi perbualan orang ramai kecuali jika Dyana Sofia DAP mengundurkan diri daripada arena politik.

    Malah, gambar-gambar yang viral di dalam media sosial ini bukan serangan peribadi tetapi sebenarnya adalah kegagalan 2 individu dalam gambar-gambar itu untuk berkelakuan sopan dan tidak dapat menahan nafsu mereka di khalayak ramai.

    Tidak ada sesiapa pun yang meminta 2 individu mirip Dyana DAP dan Zairil DAP ini untuk berpeluk-pelukkan sedemikian rupa kecuali kerelaan mereka berdua.


    Dan gambar-gambar di atas bukan gambar photoshop atau diubahsuai. Rakyat boleh buat penilaian sendiri.

    Jika benar gambar-gambar itu ialah Zairil dan Dyana, kita menyarankan mereka supaya tidak lagi berkecimpung dalam politik dan berkahwin sahaja. Jika benar dan masih degil, kita menyeru agar para pengundi tidak lagi mengundi calon-calon yang buruk perangai.


    Oleh: Dr Novandri Hasan Basri

    Subjects:

  • No Comment to " Tular Gambar Zairil Khir Dan Dyana Sofya, Rakyat Boleh Nilai Sendiri "