• Tujuh Jenis Makanan Anda Tidak Boleh Makan Setiap Hari

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+


    Makanan segera seringkali menjadi punca kepada pelbagai penyakit tetapi kita tak sedar bahawa makanan harian juga berkemungkinan boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

    Sudah tiba masanya untuk kita mengawal pemakanan demi mengelakkan daripada terkena penyakit berbahaya bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Tahukah anda terdapat tujuh jenis makanan anda tak boleh makan setiap hari?

    1. Makanan dalam tin

    Memang mudah dan cepat untuk memasak menggunakan makanan dalam tin bila anda ingin cepat. Makanan dalam tin mempunyai bahan pengawet yang tinggi dan juga boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, serangan jantung dan penyakit hati.

    2. Makanan bergoreng

    Siapa tak suka bila dapat makan ayam goreng, pisang goreng dan banyak lagi makanan bergoreng yang menarik dan sedap, bukan? Lepas ini anda boleh kurangkan pengambilan makanan bergoreng kerana ia boleh menyebabkan radang tekak, tekanan darah tinggi dan paling utama, kolesterol tinggi.

    3. Makanan bersantan

    Rakyat Malaysia amat sukakan kari terutama bila makan nasi kandar. Masing-masing minta kuah kari banjir satu pinggan. Santan mempunyai lemak tepu yang boleh membuatkan kolesterol anda naik.

    4. Makanan segera

    Makanan segera menjadi pilihan utama apabila anda sibuk dan tak sempat pergi makan tengahari. Makanan segera mempunyai bahan pengawet yang tinggi jadi tak hairan la jika anda terkena diabetes dan masalah hati.

    5. Minuman berkarbonat

    Selalunya yang sedap itu memudaratkan kesihatan termasuklah air minuman berkarbonat. Kadar gula yang tinggi, campuran bahan pengawet bakal membuatkan anda “potong kaki” jika anda minum dalam kadar yang banyak dan setiap hari.

    6. Makanan bersos

    Kita seringkali menggunakan sos ketika memasak kerana sos membantu masakan menjadi lebih sedap. Sebenarnya terdapat tomato atau cili yang sudah busuk semasa proses membuat sos yang kita tidak tahu dan bahan pengawet yang tinggi bagi mengawet sos supaya tahan lebih lama.

    7. Makanan dipanaskan berulang kali

    Rasa sayang nak buang lebihan makanan? Sesetengah makanan boleh dipanaskan berulang kali, tetapi ada sesetengah makanan boleh membahayakan kesihatan kerana zat makanan itu bertukar menjadi nutrisi tak elok untuk badan contohnya sayur bayam.

    Mengurangkan pengambilan makanan di atas juga secara tak langsung membantu anda untuk jadi lebih sihat. -Vitdaily

    Subjects:

  • No Comment to " Tujuh Jenis Makanan Anda Tidak Boleh Makan Setiap Hari "