• Trump Hadiri Sidang Kemuncak Asia - Pence

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    JAKARTA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menghadiri beberapa siri sidang kemuncak utama di Asia November depan, kata Naib Presidennya, Mike Pence, hari ini. 

    Pence berkata, kunjungan Trump itu sebagai tanda komitmen tidak berbelah bahagi AS di rantau ini. 

    "Presiden akan hadir mesyuarat AS-ASEAN dan mesyuarat Asia Timur di Filipina serta perhimpunan kumpulan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Vietnam," katanya. 

    Bekas Presiden Barack Obama, yang memperjuangkan 'paksi untuk Asia' adalah pelawat kerap ke Asia Pasifik untuk memfokus semula dasar luar AS ke atas rantau untuk membalas pengaruh China. 

    Keputusan Trump hadir dalam mesyuarat itu mungkin mengejutkan sesetengah pihak, berikutan kelantangannya dengan retorik "Amerika first" dan keputusannya meninggalkan pakatan perdagangan Pasifik, yang menjadi tunjang utama ekonomi paksi itu. 

    "Kehadiran Presiden dalam mesyuarat itu adalah satu tanda terhadap komitmen tidak berbelah bahagi untuk membangunkan asas kukuh yang sudah kami kongsi," kata Pence ketika lawatan ke Indonesia. 

    Pengumuman itu dibuat ketika Pence mengadakan lawatan ke ibu pejabat 10 anggota Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan bertemu wakil blok berkenaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Hadiri Sidang Kemuncak Asia - Pence "