• Tiger Woods Jalani Pembedahan Keempat

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    Image result for Tiger woods
    LOS ANGELES: Bintang sensasi golf Tiger Woods sudah menjalani pembedahan belakang keempat semalam, yang memaksanya berehat sehingga Oktober depan. 

    "Pembedahan berjalan lancar dan saya optimis ia akan menghilangkan kesakitan belakang," kata Woods yang tidak beraksi sejak Dubai Desert Classic, Februari lalu. 

    Tempoh pemulihan selepas pembedahan itu adalah sekitar enam bulan, kata Woods dalam laman webnya. Keadaan itu bermakna dia akan terlepas baki aksi Jelajah PGA musim ini dan saingan Piala Presiden. 

    Woods kali pertama menjalani pembedahan sebelum Masters 2014 dan dua lagi selepas musim Jelajah PGA 2015, yang menyaksikannya terpaksa berehat lebih setahun. 

    "Apabila pulih, saya ingin kembali menjalani kehidupan normal, bermain dengan anak-anak, bertanding dalam pertandingan profesional," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tiger Woods Jalani Pembedahan Keempat "