• TERKINI: Penembak Di Paris Dikenal Pasti

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    PARIS: Identiti lelaki yang menembak mati seorang pegawai polis dan mencederakan dua yang lain di kota raya ini, sudah dikenal pasti. 

    Bagaimanapun, pihak pendakwaan berkata, namanya tidak akan didedahkan sehingga pihak penyiasat mengesahkan sama ada suspek itu mempunyai rakan sekutu. 

    "Identiti penyerang sudah diketahui dan sedang diperiksa. Saya tidak akan mendedahkannya kerana siasatan insiden ini masih dijalankan. 

    "Pihak penyiasat ingin memastikan sama ada lelaki itu mempunyai rakan jenayah atau sebaliknya," kata Francois Molins kepada pemberita. 

    Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet, berkata keadaan pegawai polis yang cedera dilaporkan stabil. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " TERKINI: Penembak Di Paris Dikenal Pasti "