• TERKINI: Latar Belakang Penembak Disiasat

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+


    PARIS: Siasatan pasukan antipengganas bertumpu terhadap latar belakang lelaki yang menembak mati anggota polis di Champs-Elysees di sini.

    Sumber rapat siasatan berkata, suspek mempunyai rekod cuba membunuh pihak polis.


    Polis menyerbu kediaman suspek berusia 39 tahun di pinggir bandar Paris, selepas beliau membunuh seorang anggota polis dan mencederakan dua yang lain, didakwa dilakukan kumpulan Daesh. 

    "Suspek mati dalam tembakan balas pihak polis ketika cuba melarikan diri," kata sumber polis kepada AFP.

    Suspek pernah ditahan pada Februari lalu kerana disyaki merancang untuk membunuh anggota polis tetapi dibebaskan kerana pihak berkuasa kekurangan bukti untuk mendakwanya.

    Suspek juga pernah disabitkan dengan tiga kesalahan cubaan membunuh pada 2005, dua daripadanya terhadap anggota polis.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa enggan mendedahkan identiti penembak itu kerana masih menyiasat sama ada dia mempunyai rakan subahat dalam serangan terbabit. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " TERKINI: Latar Belakang Penembak Disiasat "