• Terkini : Ais Pecah Mengakibatkan Jalur Ais, Cabaran Ke Titik 90 darjah

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    PADA saat-saat akhir penjelajahan anggota Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) ke Kutub Utara, mereka diduga dengan sedikit cabaran dihadapan apabila ais telah pecah dan menyebabkan jalur ais berlaku. Kini mereka sedang berusaha untuk meyeberangi rekahan itu.

    Berita tersebut diterima oleh penasihat KE7B Datuk Akmar Hisham Bin Mokhles sebentar tadi. Memetik facebook Akmar Hisham Mokhles  pada jam 9.45am waktu Malaysia Qabin melalui telefon satelit memberitahu bahawa ketika berbaki lagi lebih kurang 3 KM untuk sampai ke titik pusat kutub utara terdapat sedikit cabaran dihadapan dimana ais telah pecah dan menyebabkan jalur ais berlaku. Team sedang berusaha untuk meyeberangi rekahan.

    Penjelajah KE7B terdiri daripada tiga penjelajah itu ialah ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35; atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.

    Titik 90 Darjah Kutub Utara merupakan titik paling utara di bumi. Ia terletak pada latitud 90 darjah utara dan semua garisan longitud bertemu pada titik itu dan pada kedudukan itu, setiap arah seseorang itu menghadap adalah selatan.-PRU14.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Terkini : Ais Pecah Mengakibatkan Jalur Ais, Cabaran Ke Titik 90 darjah "