• Terengganu Buru Gol Awal Di Kuching

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    KUALA TERENGGANU: Terengganu bukan saja perlu bekerja keras, malah wajib mendapatkan gol awal apabila turun menentang Sarawak dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Kuching, malam esok.

    Ini kerana, skuad jolokan Bujang Senang memiliki kelebihan bekalan gol tempat lawan selepas mengikat Terengganu dalam aksi suku akhir pertama di Kuala Terengganu, pada 2 April lalu.

    Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, berkata dia menuntut anak buahnya mempamerkan aksi lebih bertenaga dan tidak mengulangi kesilapan yang akan mengundang padah buat pasukan.

    Katanya, dia juga mengingatkan pemain supaya melupakan episod duka diaibkan UiTM FC 0-4 dalam saingan Liga Perdana tempoh hari. "Bagi saya, dalam situasi ini Sarawak dilihat lebih tertekan kerana mahu mempertahankan agregat 1-1 hasil perlawanan pertama di Kuala Terengganu.

    "Jadi, saya menuntut semua pemain supaya bekerja lebih keras dalam perlawanan ini dan mendapatkan gol awal," katanya kepada BH Sukan hari ini.

    Pengendali berusia 66 tahun itu berkata, dia juga tidak banyak melakukan perubahan dalam pasukan sebaliknya masih memberi kepercayaan kepada penyerang kelahiran Argentina, Federico Falcone mengetuai jentera serangan.-BH


    Subjects:

  • No Comment to " Terengganu Buru Gol Awal Di Kuching "