• Telur Ular Di Bawah Lantai Rumah

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    gambar hiasan

    BAGAN DATUK - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menemukan 17 biji telur ular di dalam lubang kecil di bawah lantai simen kediaman seorang warga emas di Kampung Sungai Balai Darat di sini malam tadi.

    Pegawai APM Bagan Datuk, Leftenan Mohd. Zaidi Ahmad berkata, pihaknya menerima

    panggilan kecemasan kira-kira 9 malam sebelum bergegas melakukan pemeriksaan di rumah Siti Halimah Karimun, 82, yang tinggal berseorangan itu.

    "Bertindak daripada maklumat pemilik rumah, kami menemukan lubang kecil dan memecahkan lantai simen rumah tersebut sebelum menjumpai tiga biji telur ular.

    "Anggota bertugas meneruskan kerja-kerja mengorek lubang itu dan menemui lagi sejumlah telur dengan jumlah keseluruhan 14 biji," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Menurut Mohd Zaidi, usaha untuk menangkap ibu ular berkenaan menemui jalan buntu selepas lebih dua jam anggota APM melakukan pencarian di lubang itu. - Bernama


    Subjects:

  • No Comment to " Telur Ular Di Bawah Lantai Rumah "