• Taman Arkeologi Santubong Jadi Tapak Warisan Dunia Tahun 2020

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Taman Arkeologi Santubong disasar menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 2020, kata Kurator Muzium Sarawak Dr Charles Leh.

    Beliau berkata, pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diperlukan untuk merealisasikan impian tersebut.

    "Pembangunan Taman Arkeologi Santubong ini akan melibatkan 11 tapak arkeologi sekarang termasuk Sungai Jaong, Bongkissam, Sungai Buah, Kampung Santubong dan Batu Buaya.

    "Ia akan melibatkan peruntukkan berjumlah RM6 juta bagi tujuan pembinaan kemudahan yang perlu dibangunkan secara sistematik bermula tahun ini," katanya.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penduduk kampung akan terlibat secara langsung dengan taman tersebut akan dilatih untuk menjadi pemandu pelancong.

    Pada masa sama beliau menyambut baik cadangan penduduk kampung melibatkan penganjuran Hari Arkeologi bagi menambah program ikonik penduduk setempat bagi tujuan pelanconan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Taman Arkeologi Santubong Jadi Tapak Warisan Dunia Tahun 2020 "