• Tak Puas Hati, Anak Sanggup Biar Ibu Tido Diluar Rumah 3 Hari

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+


    ZHENJIANG – CHINA . Seorang lelaki di Yangzhou memaksa ibunya berusia 82 tahun untuk tidur diluar selama 3 hari ekoran perbezaan pendapat ke atas kos penjagaannya.

    Dengan bantuan isteri dan anak-anaknya, lelaki itu memaksa ibunya keluar selepas dia enggan menyerahkan elaun warga emas kepadanya, lapor Yangzhou Television.

    Kerajaan China memberikan elaun sebanyak 400yuan (RM255) sebulan kepada warga emas.

    Tidak dapat bergerak dengan sendiri, wanita itu terbaring menangis di hadapan pintu pagar kediaman anak lelakinya itu sehingga beberapa ahli parti komunis campur tangan.

    Kejadian berlaku di sebuah kampung di Yizheng.

    Wanita itu mempunyai dia anak lelaki dan dua anak perempuan dan selepas kematian suaminya 18 tahun lalu, dia akan tinggal bersama kesemua anaknya secara bergilir-gilir.

    Ketika insiden, dia tinggal bersama anak bongsunya.

    Menurut laporan, terdapat perselisihan faham di antara anak wanita itu berkaitan kos penjagaan warga emas itu.

    Anak bongsu lelaki itu tidak berpuas hati dengan pembahagian yang dibuat abang serta kakaknya dan bimbang dia terpaksa menanggung kos pengebumian jika ibunya meninggal dunia di rumahnya ekoran kesihatannya yang semakin buruk.

    Beberapa jiran cuba untuk memindahkan wanita itu ke tempat lain, namun dia menolak dan berkata dia lebih rela mati di depan pagar rumah anaknya daripada hidup di tempat lain.

    Malah dia juga enggan makan makanan yang diberikan kepadanya.

    Keluarga itu akhirnya membenarkan wanita itu kembali selepas perjanjian kewangan yang telah dicapai antara adik-beradik lain dengan bantuan dari ketua kampung. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Puas Hati, Anak Sanggup Biar Ibu Tido Diluar Rumah 3 Hari "