• Tak Perlu ‘Sembunyi’ Kemaluan, Caitlyn Jenner Rasa Bebas

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+


    SELEPAS menjalani pembedahan mengubah jantinanya kepada wanita, Caitlyn Jenner berkata dia merasa bebas kerana tidak perlu menyembunyikan alat kelamin ‘lamanya’ daripada dilihat umum.

    Menurut laporan akhbar antarabangsa, Caitlyn mengakui perkara tersebut menerusi buku terbarunya, The Secret of My Life.

    Caitlyn yang kini berusia 67 tahun akhirnya sudah mula bercakap tentang pembedahan ini secara terbuka dan akhirnya mengesahkan dia sudah membuat pembedahan tersebut pada Januari lalu.

    Menerusi bukunya, Caitlyn berkaya dia terpaksa membuat pengakuan tersebut kerana sering ditanya tentang status aat kelaminnya.

    “Anda ingin tahu mengenainya bukan? Sekarang saya suddah menjelaskan perkara sebenar. Ini merupakan kali pertama dan terakhir saya bercakap tentangnya.

    “Pembedahan itu berjaya. Kini saya rasa lebih menarik dan bebas,” tulisnya dalam buku tersebut. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Perlu ‘Sembunyi’ Kemaluan, Caitlyn Jenner Rasa Bebas "