• Stor Lapangan Terbang Lawas Terbakar

    Published: Monday, 17 April 2017
    A- A+


    LAWAS: Stor tempat penyimpanan barangan di Lapangan Terbang Lawas, utara Sarawak, terbakar malam tadi.

    Kebakaran berlaku jam 7.26 memusnahkan barangan kegunaan harian di dalam stor penyimpanan barang di bangunan bersebelahan terminal Lapangan Terbang Lawas.

    Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Lawas, Awang Awang Arizal Awang Affandy yang mengetuai operasi itu berkata, lebih 50 peratus ruang simpanan barangan sempat dipadamkan sebelum merebak ke bahagian bangunan lain.

    "Seramai 12 anggota jabatan itu dikerah membantu memadam kebakaran itu. Api berjaya dikawal sepenuhnya jam 7.59 malam.

    "Kebakaran tidak membabitkan struktur bangunan stor itu, " katanya sebentar tadi.

    Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih disiasat.-BH
  • No Comment to " Stor Lapangan Terbang Lawas Terbakar "