• Siar Kaki Di White House Ditutup Terus Taripada Laluan Orang Awam

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Jabatan Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata ia akan menutup laluan pejalan kaki sepanjang pagar selatan White House bermula malam Rabu, lapor Reuters.

    Laluan tersebut ditutup dari pukul 11 malam sehingga 6 pagi sejak tahun 2015, dan membenarkan orang awam dan juga pelancong untuk menggunakannya termasuk bagi tujuan mengambil foto.

    Perkhidmatan Rahsia AS dalam satu kenyataan berkata, kini ia akan ditutup selama-lamanya.

    Pengarah Komunikasi Perkhidmatan Rahsia, Cathy Milhoan berkata, laluan itu ditutup bagi mengurangkan kemungkinan individu-individu menceroboh masuk ke dalam pekarangan White House secara haram.

    Pada bulan Mac, seorang lelaki telah memanjat pagar timur Rumah Putih pada waktu malam dan berada di kawasan itu selama 16 minit sebelum ditahan.

    Semasa kejadian pada 10 Mac itu, Presiden AS, Donald Trump berada di dalam WHite House.

    Pencerobohan itu adalah yang terbaru dalam beberapa kejadian yang sama baru-baru ini.

    Oleh kerana itu, keselamatan di Rumah Putih telah ditingkatkan termasuk memasang jeriji tajam di sepanjang pagar yang mengelilingi hartanah tujuh hektar itu.

    Perkhidmatan Rahsia berkata, menyekat penggunaan laluan selatan itu tidak akan menghalang keupayaan orang ramai untuk melihat atau mengambil gambar White House.

    Sekatan yang sama telah dilakukan di pagar sebelah utara mercu tanda berkenaan.- Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Siar Kaki Di White House Ditutup Terus Taripada Laluan Orang Awam "