• Serena Hamil

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+
    Image result for serena williams pregnant 2017
    LOS ANGELES: Bintang tenis, Serena Williams, memberi bayangan dia sedang menanti kelahiran anak sulung selepas memaparkan gambarnya di laman sosial dengan tajuk "20 minggu". 

    Gambar berkenaan yang diambil oleh media Amerika Syarikat (AS), menunjukkan Serena mengenakan baju mandi berwarna kuning dengan keadaan dirinya seperti mengandung. 

    Tempoh jangka masa berkenaan bermakna pemain yang diiktiraf legenda tenis berusia 35 tahun itu sudah pun mengandung ketika menjuarai gelaran ke-23 Grand Slam di Terbuka Australia, Januari lalu. 

    Persatuan Tenis AS yang juga penganjur kepada kejohanan Grand Slam Terbuka AS, mengucapkan tahniah kepada Serena menerusi Twitter. 

    "Dia sendiri @serenawilliams menggunakan tajuk mengumumkan dia sedang mengandung selama 20 minggu! Tahniah Serena!" 

    Peminat turut memberikan reaksi gembira di laman sosial. "Serena Williams mengandung ketika dia memenangi gelaran ke-23 Grand Slam di Terbuka Australia. 

    Dan dia tidak melepaskan walaupun satu set," tweet @noelleharmony. Serena menyalahkan kecederaan lutut menghalangnya daripada beraksi di Masters Indian Wells dan Miami pada bulan lalu. 

    Keadaan itu menyaksikan dia kini menghuni ranking kedua dunia dan bertekad untuk merampas kembali gelaran itu daripada bintang Jerman, Angelique Kerber. 

    Pada Disember lalu, Serena mengumumkan pertunangannya dengan pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian dan berkongsi berita berkenaan di laman sosial Reddit. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Serena Hamil "