• Sepanyol Lantik Menteri Seks Yang Pertama

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    foto: www.senado.es
    Kerajaan Sepanyol buat pertama kali melantik seorang menteri untuk portfolio baharu berkaitan ehwal seks bagi menangani kekurangan aktiviti seksual dikalangan pasangan.

    Perlantikan Menteri Seks itu diharap akan mampu meningkatkan kadar kelahiran di negara itu, yang mana Sepanyol mencatatkan kadar kelahiran terendah di kalangan negara maju.

    Perdana Menteri Mariano Rajoy melantik Edelmira Barreira bagi portfolio Seks di negera itu dalam usaha untuk membolehkan Sepanyol melahirkan ramai bayi, lapor The Sun.

    Antara tugas Barreira (gambar), termasuk merangka strategi kebangsaan untuk meningkatkan lebih ramai kelahiran bayi dalam menangani ketidakseimbangan populasi.

    Menurut laporan akhbar tersebut, negara itu berhadapan krisis populasi, dengan kurang jumlah kelahiran daripada kematian direkodkan buat pertama kali pada tahun lepas.

    Sejak tahun 2008 jumlah kelahiran di Sepanyol telah menjunam sebanyak 18 peratus. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sepanyol Lantik Menteri Seks Yang Pertama "