• Seorang lLagi Positif H1N1

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    Image result for Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
    KUALA LUMPUR: Seorang ahli keluarga wanita hamil yang meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) di Terengganu Khamis lalu, disahkan positif dijangkiti virus terbabit. 

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam lagi ahli keluarga mangsa turut mengalami gejala demam, selsema dan batuk.

    "Dua orang dirawat di hospital dan stabil manakala lima yang lain dirawat sebagai pesakit luar. 

    "Siasatan di tempat kerja wanita terbabit sudah dilakukan dan tiada rakan sekerja yang mengalami gejala yang sama, " katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Dr Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus kerana ia dikategorikan sebagai Influenza bermusim. 

    Katanya, cara jangkitan influenza bermusim termasuk H1N1 dalam kalangan komuniti adalah sama seperti virus influenza lain iaitu melalui cecair batuk atau bersin pesakit yang dijangkiti. 

    "Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa kejadian berkaitan jangkitan pernafasan di Malaysia sentiasa dipantau rapi bagi mengesan situasi kejadian luar biasa melalui sistem pemantauan influenza. 

    "Berdasarkan pemantauan ini, kementerian mendapati tiada pola luar biasa berkaitan influenza yang dikesan di seluruh Malaysia pada masa ini," katanya.

    Justeru, orang ramai dinasihati tidak panik atau membuat spekulasi berdasarkan maklumat yang tidak tepat. 

    Media sebelum ini melaporkan seorang ibu hamil meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat serangan H1N1. 

    Wanita terbabit yang seminggu demam dan mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum dirujuk ke HSNZ dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 7 April lalu. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Seorang lLagi Positif H1N1 "