• Seorang Lagi Pengasas PPBM Dijangka Keluar Parti?

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+


    Walaupun pimpinan PPBM membuat penafikan berlaku krisis dalaman, parti itu dipercayai bakal kehilangan seorang lagi pengasas dalam masa terdekat.

    Memetik laporan MalaysiaGazette, individu itu difahamkan seorang bekas ADUN di Perak serta memegang jawatan Naib Presiden dalam parti itu.

    “Sebenarnya individu tersebut tidak berpuas hati selepas tidak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan negeri.

    “Malah beliau juga didakwa sudah berkonfrontasi dengan penasihat parti, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan tertutup,” kata sumber dalaman parti itu kepada portal berita berkenaan.

    Kata sumber itu lagi, individu itu bertindak keluar daripada semua kumpulan perbualan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebagai tanda protes.

    Difahamkan beberapa pimpinan negeri lain seperti Johor juga sedang bergolak dan dijangka ramai lagi akar umbi serta individu yang tidak berpuas hati disebabkan tidak ditawarkan jawatan mengikut jejak langkah Kamarul Azman Habibur Rahman.

    Semalam, Kamarul yang juga salah seorang pengasas PPBM mengumumkan keluar parti disertai lebih 800 akar umbi. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Seorang Lagi Pengasas PPBM Dijangka Keluar Parti? "