• Senat Alabama Lulus Hukuman Mati Guna Gas Nitrogen

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    MONTGOMERY: Alabama mungkin menjadi negeri ketiga di Amerika Syarikat (AS) membenarkan banduan dihukum mati menggunakan gas nitrogen, kaedah belum pernah digunakan setakat ini, di bawah rang undang-undang diluluskan Senat. 

    Senat Alabama mengundi 25-8 bagi menambah penggunaan gas nitrogen kepada suntikan maut serta kerusi elektrik sebagai kaedah dibenarkan dalam pelaksanaan hukuman mati di negeri itu. 

    "Tiada negeri menjalankan pelaksanaan hukuman mati menggunakan hipoksia nitrogen," kata Robert Dunham daripada Pusat Maklumat Hukuman Mati. Beliau berkata, Mississippi dan Oklahoma juga membenarkan hukuman mati menggunakan gas nitrogen namun tidak pernah menggunakannya. 

    Kadar pelaksanaan hukuman mati agak perlahan di Alabama, sebahagiannya kerana cabaran perundangan berterusan membabitkan kaedah suntikan maut. 

    Senator Trip Pittman, pencadang rang undang-undang Republikan, berkata Alabama memerlukan kaedah hukuman mati lain oleh kerana suntikan maut berdepan kes mahkamah. 

    Pittman pada mulanya mencadangkan skuad penembak sebagai kaedah pelaksanaan hukuman mati, namun rang undang-undang itu diubah dalam jawatankuasa. 

    "Adalah penting untuk memiliki pilihan lain. Saya fikir hipoksia nitrogen cara lebih berperikemanusiaan untuk melaksanakan hukuman," kata Pittman. - AP

    Subjects:

  • No Comment to " Senat Alabama Lulus Hukuman Mati Guna Gas Nitrogen "