• Sarawak Diiktiraf Paling Aman Dan Harmoni Dari Segi Keselamatan

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang berkata Sarawak masih berada dalam keadaan terkawal dari segi keselamatan dan mengingatkan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini agar mengekalkan keamanan dan keharmonian yang ada.

    “Sewaktu lawatan saya ke UK (United Kingdom), menyaksikan bahawa Sarawak diiktiraf dari segi keamanan dan keharmonian selain keselamatannya," katanya

    Menurutnya, kerajaan berkenaan telah mengenal pasti Kuching sebagai tapak latihan kepimpinan Komanwel, iaitu yang terbaik di Asia sementara Cape Town telah dipilih dari Afrika.

    “Mereka membuat kajian mereka sendiri termasuk mengenai persekitaran keamanan serta keharmonian di Sarawak,” tegasnya, memetik laporan Utusan Borneo.

    Sementara itu, bercakap pada media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak semalam, Abang Johari turut menegaskan PDRM di negeri ini supaya turut memantau jenayah baharu seperti jenayah siber.

    "Mereka perlu menggunakan pendekatan dalam memastikan kadar jenayah seperti ini tidak meningkat,"

    Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan mereka mengukuhkan lagi pemantauan terhadap pendatang yang bermastautin di Sarawak.

    “Sebagai contoh kaum Suluk yang datang dari Sabah dan tinggal di utara negeri ini, kita percaya walaupun jumlah mereka kecil, ia juga perlu dipantau,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Diiktiraf Paling Aman Dan Harmoni Dari Segi Keselamatan "