• Sarawak Akan Bina LRT 3 Tahun Lagi

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    KUCHING: Sarawak dijangka akan membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang pertama dalam masa tiga tahun lagi dengan mensasarkan tahun 2020 untuk merealisasikan hasrat tersebut di kawasan Selatan negeri ini.

    Memetik laporan Astro, Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, jangkamasa itu diberi berasaskan kajian awal yang telah dibuat.

    "Buat masa ini, tiada keputusan lagi dibuat. Kami masih di peringkat perancangan laluan.

    "Kami sudah mendapatkan rakan kongsi serta syarikat yang sesuai untuk projek ini," katanya

    Beliau dipetik sebagai berkata, kawasan yang akan dihubungkan adalah antara Kuching, Serian dan Samarahan.

    Menurut laporan itu, Abang Johari berkata perancangan laluan akan dibuat berdasarkan pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan tertentu.

    "Kita perlu pastikan bahawa secara ekonominya pembinaan LRT tersebut adalah sesuai di tempat tersebut," ujarnya.  – Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Akan Bina LRT 3 Tahun Lagi "