• Saiz Perkhidmatan Awam Selaras Perlembagaan – Ali Hamsa

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+


    SEREMBAN - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menegaskan saiz perkhidmatan awam yang besar di negara ini adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Perlembagaan negara.

    Beliau berkata definisi penjawat awam di negara ini turut merangkumi anggota pertahanan negara seperti polis, askar dan juga pegawai perubatan.

    "Sebenarnya mereka (akhbar The Edge Market) sebut tentang saiz perkhidmatan awam dalam negara ini (yang berjumlah) 1.6 juta. Kita punya definisi telah ditetapkan dalam perlembagaan negara kita. Cikgu, tentera, polis masuk (dalam kategori perkhidmatan awam) tapi bila kita banding dengan negara lain, polis dan tentera tak termasuk.

    "Contohnya di United Kingdom (UK), perkhidmatan kesihatan pun tidak masuk (dalam kategori penjawat awam). Jadi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah meminta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Zainal Rahim Seman) untuk mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini supaya dapat membuat bandingan 'apple to apple',"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika dimint mengulas laporan akhbar The Edge Market baru-baru ini yang mendakwa emolumen kerajaan bakal meningkat kepada RM184 bilion pada 2027 daripada anggaran RM77.42 bilion pada 2017 akibat jumlah penjawat awam yang besar.

    Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kunci projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Berlian, Rantau di sini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Saiz Perkhidmatan Awam Selaras Perlembagaan – Ali Hamsa "