• Reman Pemimpin Muda PKR Disambung

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    PUTRAJAYA: Perintah reman terhadap seorang pemimpin angkatan muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) disambung empat hari bermula esok. 

    Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman. 

    Terdahulu, dia dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 9.10 pagi tadi, berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM. 

    Pada Jumaat lalu, pemimpin muda PKR itu direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya yang berakhir hari ini. 

    Beliau ditahan reman untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001. 

    Pada 10 Februari lalu, SPRM sudah merakam keterangannya berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR. 

    Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di sini, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Reman Pemimpin Muda PKR Disambung "