• Rakyat Korea Utara Di Sarawak Dihantar Pulang

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Semua baki rakyat Korea Utara di Sarawak akan di hantar pulang seperti warganya yang lain, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya kerajaan persekutuan telah membuat keputusan dan warga Korea Utara di negeri ini akan dihantar pulang ke negara mereka.

    “Sehingga kini kebanyakan warga Korea Utara telah menyerah diri selepas kerajaan persekutuan membuat keputusan menghantar pulang rakyat negara itu atas masalah diplomatik.

    “Ada antara mereka telah menyerah diri dan ada segelintir mereka masih berada di sini yang mungkin belum mengetahui maklumat bahawa mereka boleh balik,” katanya ketika menghadiri lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

    Abang Johari menegaskan Sarawak juga memberi kelonggaran kepada warga Korea Utara yang tinggal lebih masa menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS).

    “Apa yang penting adalah menghantar mereka balik ke negara asal atas masalah diplomatik dan sehingga kini rakyat negara itu tidak mendatang masalah kepada negeri ini,” jelasnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Rakyat Korea Utara Di Sarawak Dihantar Pulang "