• Raja Bomoh Ditahan Polis

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU - Individu yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ditahan polis dalam satu operasi di Segamat, di sini pagi ini.

    Menurut sumber, Ibrahim dipercayai ditahan ketika berada di sebuah hotel kira-kira pukul 2.30 pagi.

    Ibrahim sebelum ini tular apabila melakukan beberapa upacara yang didakwanya bertujuan melindungi negara ini daripada ancaman.

    Terbaharu, aksinya melakukan upacara di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur berhubung ketegangan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang, ketika itu. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Raja Bomoh Ditahan Polis "