• R.AGE Bolot Kajai

    Published: Saturday, 22 April 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Wartawan R.AGE The Star memenangi Anugerah Kajai pada Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2016 sempena Malam Wartawan Malaysia 2017 di sini malam Jumaat.

    Malah kumpulan itu turut mengungguli kategori Laporan Penyiasatan Cemerlang untuk projek Predator In My Phone.

    "Amat menyeronokkan akhirnya memenangi Anugerah MPI kerana kami sangat sibuk di R.AGE, kami terlepas tarikh akhir bagi tempoh tiga tahun yang lalu," kata editornya, Ian Yee.

    Penghargaan tertinggi itu diperolehi dua hari selepas mereka menerima dua anugerah emas pada Anugerah Media Asia dan lima bulan selepas kemenangan di Washington DC.

    R.AGE ditubuhkan pada 2005 sebagai seksyen belia The Star.

    The Star turut memenangi anugerah bagi desain halaman pertama terbaik menerusi Tun Eng Hwa manakala Art Chen Soon Ling merangkul kategori kewartawanan foto cemerlang.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " R.AGE Bolot Kajai "