• Polis Tahan 42 Wanita Warga Asing Terlibat Persundalan

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Polis Sarawak menahan 42 wanita warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti persundalan dalam serbuan di beberapa buah pusat refleksologi di negeri ini.

    Kesemua wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan dalam Ops Noda mulai 1 April lalu sehingga semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 16 warga Indonesia, 12 warga Vietnam, dan masing-masing tujuh warga Thailand dan China.

    Menurut Dev, serbuan dijalankan sekitar Sibu, Miri, Bintulu, Kuching dan Padawan.

    “Pelbagai peralatan seks seperti kondom turut ditemui dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran turut dirampas dan seramai 10 individu dipercayai penjaga premis turut ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Kesemua wanita warga asing berkenaan dibawa ke balai polis untuk menjalani proses dokumentasi.
    - Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Tahan 42 Wanita Warga Asing Terlibat Persundalan "