• Polis Pantau Ajaran Sesat Gerakan Millah Abraham

    Published: Monday, 17 April 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU - Polis mengesyorkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah untuk meletakkan gerakan Millah Abraham sebagai ajaran sesat di negeri ini.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis kini giat memantau pergerakan ahli kumpulan berkenaan yang didapati aktif di Sabah dan negara ini bagi mengelakkan penyebaran ajaran sesat tersebut.

    "Kita telah memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah supaya meletakkan Millah Abraham sebagai pergerakan ajaran Islam yang sesat dan perlu bertindak secara serius membanteras kumpulan terbabit.

    "Selagi jabatan agama tidak meletakkan pergerakan itu sebagai ajaran sesat, pihak polis tidak boleh melakukan sebarang tangkapan apatah lagi membawa kumpulan ini mengikut perundangan" katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan perdana di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini sebentar tai.

    Hadir sama, Naib Canselor UMS, Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

    Katanya lagi, permohonan tersebut telah dirujuk kepada Yang Dipertua Negeri Sabah dan menanti keputusan untuk melaksanakan permohonan tersebut. – K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Polis Pantau Ajaran Sesat Gerakan Millah Abraham "