• Polis Buru Lelaki Siar Live Bunuh Orang Di FB

    Published: Monday, 17 April 2017
    A- A+


    CLEVELAND – Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyiarkan dirinya membunuh seorang lelaki secara langsung di Facebook (FB), semalam, serta mendakwa melakukan banyak lagi pembunuhan.

    Reuters melaporkan, polis yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek dikenali sebagai Steve Stephens menyiarkan pembunuhan itu dalam Facebook Live.

    “Suspek menyiarkan insiden pembunuhan di Facebook Live dan mendakwa mengaku melakukan pelbagai pembunuhan lain yang belum disahkan,” kata polis di Twitter ketika memburu Steve Stephens.

    Video itu menunjukkan lelaki berusia 37 tahun itu yang memandu SUV Ford Fusion, menghampiri seorang lelaki tua di jalanan dan melepaskan tembakan.

    Menurut AFP, dalam siaran FB Live selepas kejadian itu, Stephens mendakwa sudah membunuh 15 orang dan polis sedang berusaha mengesahkannya.

    Lelaki itu yang dipercayai berkerja sebagai pengurus penjagaan kesihatan, juga menulis ‘dia kini tidak keruan’ dan menyalahkan seorang wanita, Joy Lane, dengan tindakannya membunuh, dipercayai bekas pasangannya.

    Menurut Stephens dia akan berhenti membunuh jika wanita itu atau ibunya menghubunginya. Lane dikatakan bekas anggota tentera udara dan mereka menjalin hubungan selama tiga tahun. – Agensi/myMetro Online



    Subjects:

  • No Comment to " Polis Buru Lelaki Siar Live Bunuh Orang Di FB "