• PKR Sarawak Mahu Petronas Diheret Ke Mahkamah

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mahu syarikat petroleum negara, Petronas dibawa ke muka pengadilan jika bernar dakwaan syarikat berkenaan bertujuan untuk menjual kepentingannya.

    Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) pada selasa, Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How menggesa Kerajaan negeri mengheret Petronas ke Mahkamah jika benar dakwaan syarikat itu akan menjual kepentingannya dalam projek minyak dan gas.

    Menurut See, berdasarkan laporan Reuters Petronas bercaadang untuk menjual blok gas luar pesisir SK316 yang berada di sempadan milik negeri Sarawak.

    "Hak-hak negeri adalah sangat jelas, sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang Negeri Sarawak," ujarnya.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Lintang berkata, jika Petronas menjual SK316 kepada syarikat minyak lain tanpa melalui Kerajaan Negeri, Kerajaan boleh menyekat jualan itu melalui tindakan mahkamah, lapor FMT

    "Berdasarkan Undang-undang sedia ada, hak kami sungguh jelas. Kerajaan Negeri hanya perlu memperjuangkan hak-hak kami.

    Saya pernah mengakatan sebelum ini bahawa jikakalau Petronas ingin menjual SK316, Kerajaan Sarawak perlu dirujuk dan negeri ini perlu diberi pilihan pertama untuk membelinya,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " PKR Sarawak Mahu Petronas Diheret Ke Mahkamah "