• Perjumpaan Imigresen, FAM Selesaikan Masalah Berbangkit

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sesi perjumpaan antara Jabatan Imigresen dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam, menjadi platform terbaik untuk mencadangkan langkah menaik taraf proses urusan imigresen membabitkan persatuan bola sepak di bawah naungan FAM.

    Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata perjumpaan itu yang diwakili beliau dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin turut membincangkan status terkini cadangan penambahbaikan tatacara permohonan Pas Pegawai Dagang dan Pas Lawatan Iktisas (PLIK).

    Malah, katanya, FAM juga bersetuju untuk mengadakan satu lagi perjumpaan bagi membincangkan mengenai pengambilan Pegawai Dagang.

    "Semasa sesi perjumpaan itu, segala maklumat terkini berkaitan permohonan FAM akan diperkukuhkan bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai prosedur sedia ada.

    "Selain itu, turut dibincangkan ialah isu berbangkit yang diajukan FAM, termasuk surat sokongan agensi FAM akan dimuktamadkan dengan segera bagi memudahkan setiap permohonan.

    "Semua permohonan itu akan dibuat di peringkat ibu pejabat imigresen sahaja bagi tujuan pemantauan dan penyelarasan, sekali gus memastikan ia berjalan lebih lancar dan cepat, selain dilakukan atas talian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Sehingga Disember tahun lalu, Imigresen merekodkan 164,091 Pas Pegawai Dagang yang aktif dan daripada jumlah itu, 217 adalah pemegang Pas Pegawai Dagang dalam sektor sukan.-BH

    Subjects:

  • No Comment to " Perjumpaan Imigresen, FAM Selesaikan Masalah Berbangkit "